Sunday, June 27, 2010

bercinta itu perlu secara...

bercinta perlu berlaku secara semulajadi
sama macam kau tanam pokok
biarkan ia tumbuh sendiri
kau cuma perlu siram dengan air
bagi baja ke atau apa-apa yang patutlah
dan biarkan pokok tu tumbuh sendiri

dan kau akan dapat saksikan
kecantikan pokok tu
indahnya ciptaan-Nya
kerana ia tumbuh secara semulajadi
tanpa gangguan
yang ada cuma perhatian
yang kau berikan
masa kau siramkan pokok tu

bercinta juga harus begitu
kalau kau ada masalah dengan pasangan kau
simpanlah masalah itu seorang diri
tak perlu kau bagitahu orang lain
mintak pendapat orang lain
atau mintak orang lain tu tolong kau selesaikan
masalah kau dengan pasangan kau tu

kalau kau dan dia ada masalah
bincanglah berdua sahaja
tak perlu ada campur tangan orang lain
tak perlu kau cerita kan pada orang lain
tak perlu kau mintak pendapat orang lain

sebab
mesti kau nak jaga air muka dia kan
kalau tengah bergaduh dengan sesiapa pun
kadang-kadang kita cenderung
menyalahkan orang lain
dan bila kau sibuk cerita kat orang
bukan ke kau tengah membuka aib dia
kan?
kata sayang kan, so jaga lah air muka dia
jangan lah bagi orang lain salah paham tentang dia

kalau kau rasa nak minta pendapat atau bantuan orang lain
untuk selesaikan masalah kau dan dia
tak payah lah...it's not a good idea ye~
sebab hanya kau dan dia yang tahu
setiap inci masalah korang tu
maka kau dan dia jelah yang layak
untuk membuat keputusan
tentang masalah kau dan dia tu

orang lain boleh dengar cerita kau dan dia
tapi orang tu tak mungkin faham sepenuhnya
dan keputusan yang orang tu buat
berlandaskan logik dan hati sendiri sahaja
tanpa tahu jalan cerita satu masalah itu sepenuhnya

ambik kisah pokok tadi
apa akan jadi kalau kau tukar kejadian semulajadi dia
kau suntik dia dengan ubat untuk bantutkan pembesaran dia
atau kau tarik dia dari tanah
kejadian dia sudah di ubah
pokok tu jadi terbantut atau mati sebab kau dah tarik dia
pokok sudah diubah ikut suka hati sesedap rasa kau je kan
tak kesian ke dekat pokok tu?
tiada peluang menentukan hidup sendiri
tiada peluang untuk mempertahankan diri

ni yang aku nak cakap dari tadi
kalau kau biarkan orang lain tahu
tentang masalah kau dan dia
dan biarkan orang tu pengaruhi kita
dalam membuat keputusan
sama macam pokok tu
kita menghalang hubungan itu daripada berlansung secara semulajadi
kau ubah hubungan itu ikut sedap tekak orang lain
bukan ikut rasional dan kata hati kau dan dia
macam kau biarkan orang lain mengubah sesuatu yang bukan hak miliknya
cuma kau bagi dia hak itu sebab kau rasa dia boleh bagi kau
cadangan terbaik untuk selesaikan masalah kau dan pasangan kau

p/s: dengarlah kata hati sendiri, sebab hanya kau dan dia yang tahu apa yang terbaik untuk satu-satu hubungan tu. membenarkan sesuatu tumbuh secara semulajadi tu lagi baik, daripada kau ubah sesuatu itu yang belum tentu baik hasilnya. gula hati, i miss you. ini tentang apa yang saya ceritakan semalam ye. :)

0 comments:

Post a Comment

0 comments on "bercinta itu perlu secara..."

Post a Comment