Thursday, April 22, 2010

tips-tips belajar dari cik farah amira...=)

tips-tips untuk menghadapi final exam dengan penuh dedikasi..=)
ok aku bukanla orang yang genius
or know as gifted person
tapi aku berusaha untuk
mencapai apa yang aku mahukan
dan takde orang boleh pandang rendah pada semangat
dan azam yang telah aku tetapkan

huhu mukadimah tak bole blah
ok aku nak berkongsi cara aku blaja
dengan sesiapa saja yang nak tahu..=)
mungkin cara ni agak ekstremtapi tak salah mencuba kan
berikut adalah cara-cara saya belajar ye:=

1) dalam kelas..jangan suka nak duduk belakang...bila duduk belakang...confirm cepat ngantuk...pandangan ke arah pensyarah tu..banyak sangat halangan..maka, fokus pun akan senang lari. so lagi bagus duduk bahagian depan.senang nak nampak dan paham, dan bila korang duduk depan,kuranglah peluang untuk membisingkan diri kan sebab pensyarah depan mata je.

2) dalam kelas...tak salah nak bersembang atau bergosip sakan... tapi agak-agakla kan...bila perlu fokus,kita fokus! bila mase break dalam 5-10 minit tu...buat la apa-apa pun, xde orang nak marah..huhu. nak gosip dengan pensyarah pun boleh kalu pensyarah korang pun kaki gosip..(^__^)

3) jangan selalu ponteng kelas...ok aku pun pernah je ponteng kelas..tapi jarangla..huhu...kadang-kadang je buat perangai. dan jangan datang lambat ke kelas..ade pensyarah bel ni pernah bgtau kat kelas..if kita datang kelas lambat, dengan badan peluh berlari-lari,pernafasan tercungap-cungap, otak da xtau kemana, semua mnda pun akan jadi kelam kabut..dan kita akan belajar dalam keadaan badan yang tak selesa..so datang kelas awal ye..

4) anggap segala bentuk kuiz dan test tu macam final exam... maka kita akan terus berusaha gigih untuk belajar walaupun hanya untuk kuiz dan test. carrymark tu penting okeh! jangan malas berusaha dari awal semester, bila sudah berusaha dari awal...korang akan rasa mudah je untuk skor mana-mana subjek pun..tak tipu ni..cuba la..=)

5) jangan belajar depan sebarang jenis komputer... memangla korang akan cakap..ala note sume dalam lappy la...tak on lappy camne nak belajar kan..ahh tu alasan semata-mata... nanti on fb jugak last2 nanti kan...on9 fb 4jam....blaja 10 minit saje..huhu... so konklusi yang aku dapat, kurangkan belajar depan komputer kalau korang rasa korang akan terjebak dengan aktiviti online yang melalaikan ni... kalau boleh, print out la notes tu semua, nak cara yang murah, beli la note dari senior, ataupun pinjam buku dari library..pulangkan masa paper korang tu dah habis..haha gila kau nak guna sorang-sorang je sampai orang lain tak boleh ank pinjam?? tak pun, korang fotokopi je...kongsi dengan kawan-kawan kalau rasa mahal sangat... eh eh buku fotostat harga 25 ringgit rasa mahal je kan, tapi baju romp yang cool gila harga nak dekat 100 ringgit tu macam murah je kan, haha macam mane tuh?

6) jangan belajar sambil baring. ini adalah langkah-langkah awal untuk menidurkan diri dengan cara paling bergaya sebab anda akan tidur dengan buku tutup muka konon-konon macam korang belajar sampai saat-saat terakhir korang menidurkan diri...hu2 bila dah tidur...alahai sedpanya bantal ni nak tinggalkan.so korang akan tido sampai pagi... so cepat-cepat basuh muka dan pindahkan segala buku dan nota yang ada ke meja belajar anda..duduk atas kerusi...tegakkan badan..bukak buku dan blajar la sampai lebam mata...tapi jangan la kat meja pun kau boleh tido gak...tak jalan gak nanti

7) belajar di library. ok ni cara aku la...sebab bilik hostel di jengka yang dirindui tu hanya untuk aku tidur puas-puas atau bergosip dengan kawan-kawan. so aku ambik keputusan dengan serius nya untuk belajar di library setiap kali musim exam datang menjelma...kdg-kdg mase test pun sanggup jalan jauh dari kompleks utk blja kt library. hasilnya memang memuaskan sebab dekat library, semua orang tengah belajar, mmgla agak bising tapi bila korang tengok semua orang tengah belajar, takkan korang nak buat muka tak malu dengan duduk melepak dan buku tertutup kemas je kan...so mestila korg pn semangat nak belajar kan..aku dulu masa exam..pagi smpai tgh hari, ptg smpi pkul 5..mlam smpai library tutup aku dekat sane menelaah buku-buku..oh sangat nerdy tapi takpe....belajar menuntut kita berkelakuan sebegitu...(^__^)

8) masa study week, rajin-rajinla ke bilik pensyarah menjual muka...haha..tak tak bukan jual muka tapi menunjukkan minat pada subjek yang di ajar oleh pensyarah tu...biar saat-saat akhir macam ni..sebab tak ramai yang sudi merajinkan langkah kaki ke bilik pensyarah sebab tido dalam bilik lagi seronok kan...tapi bila kita jumpa pensyarah..tanya apa-apa soalan yang kita tak paham, contoh dari past year ke...kita tengah tu njuk rajin dan minat dekat dia...taktik ni..pensyarah ni suka bila kita berusaha lebih dalam subjek yang dia ajar.. tanya je macam-macam soalan...nanti die ingat kita, masa tanda kertas jawapan kita..doa-doalah die lembut hati dan bagi markah lebihdekat kita sebab minat yang kita tunjukkan sebelum ni.

9) belajar sebanyak yang boleh, selagi sempat. ok aku memang gila bab-bab belajar. tak tipu, aku pernah baca slide untuk subjek multimedia 18 bab kot..adoyai banyak gila tapi aku paksa diri belajar gak..tak reti nak skip mana-mana bab sebab rasa macam semua pun penting je padahal dalam exam...bape banyak sangatla akan keluar kan...bagi aku,sebelum aku abis belajar semua bab dalam subjek tu..sorry la nak buat past year...past year hanya akan disentuh bila aku yakin dengan kemampuan aku utk jwab past year tu...hu2 maka nya, lambatla aku sentuh past year tiap kali blaja mana-mana subjek. takpe janji hasilnya bagus~

10) paksa diri untuk rajin. ramai orang cakap dia malas..kalau nak ikut aku, aku lagi lah malas..oh sedapnya katil dan bantal tu kalau dapt peluk dan tidur. tapi kena ingat, kalau kita tak berusaha lansung, kita akan kecundang jugak akhirnya nanti. kalau kita tak berusaha lansung, tu maksudnya kita tak pernah cuba mengubah nasib diri sendiri. aku bukan gifted person,tapi aku paksa diri, berusaha lebih dari orang lain untuk pastikan aku dapt keputusan yang baik. aku tak kisah memaksa diri blaja lama-lama dekat library, menjadi orang terakhir yang tidur dalam bilik aku tu, asalkan aku dapat belajar semua bab dalam subjek tuh. takde orang boleh tolong kita, selain diri kita sendiri...ye orang lain boleh bagi sokongan, ibu bapa boleh bagi duit dan perhatian untuk korang gunakan masa belajar, pensyarah bpleh berkongsi ilmu dan tips dengan korang..tapi tu semua terpulang pada korang untuk gunakan segala yang sudah diberi tu dengan cara yang betul atau cara yang salah. jangan salah gunakan segala kemewahan dari segi kewangan,ilmu, perhatian,sokongan ni sebab...tak semua orang berpeluang untuk belajar macam kita, dan ada insan yang akan melenting dengan sikap malas kita sebab dia tahu, kalau dia yang diberi peluang untuk belajar,dia tak akan sia-sia kan peluang itu.

11) jaga makan dan rehat. masa exam, jangan makan pelik-pelik takut nanti korang sakit perut masa exam kang naya lak kan. banyakkan makanan yang sihat-sihat dan jaga masa tidur dan masa rehat sebab badan dan otak perlukan rehat yang cukup sebelum dan semasa menjawab exam. jangan sampai tak tidur malam kalau esok ada exam pagi, nanti segala yang korang belajar akan jadi sia-sai sebab korang akan rasa sangat mengantuk fokus sudah berlari-lari dan meninggalkan kita yang sedang cuak menjawab kertas peperiksaan ni. maka, jaga makan dan rehat secukupnya ye.

12) jangan pergi jawab kuiz, test dan exam tanpa persediaan. selagi mampu,selagi sempat, baca dan belajarlah. jangan cuba untuk menggagalkan diri dengan duduk melepak minum kopi dekat old town white coffee walaupun korang tau esok nak exam. jangan malas mencuba ye. selagi masa untuk menjawab tu belum bermula, korang masih ada pelaung untuk belajar!

13) restu ibu bapa. sangat lah penting. serius nih. setiap kali sebelum kuiz,test, dan final exam, give them a call, bgtau esok ade test and so on, mintak restu dan doa dari ibu bapa, sebab tu salah satu rahsia untk berjaya dalam sebarang ujian. doa mereka sangat berkesan dan boleh menenangkan kita masa menjawab soalan tu. jangan lupa pada perkara macam ni yang kadang-kadang kita anggap macam remeh-temeh je.
ok ni je kot cara-cara aku belajar selama ni..haa ni je da panjang kalah essay masa sekolah dulu... ingat,susah sangat nak berjaya ni, banyak halangan dan onak duri harus ditempuhi dengan gagahnya. ni cara aku untuk pastikan impian aku dalam pelajaran tercapai....try la kalau nak...(n__n)

0 comments:

Post a Comment

0 comments on "tips-tips belajar dari cik farah amira...=)"

Post a Comment